Masih Belajar, Nenek Mualaf 85 Tahun Suka Dengar Azan & Solat Jemaah Di Masjid

Memilih menjadi seorang Muslim di usia emas merupakan salah satu nikmat yang dikurnaikan oleh Allah S.W.T kepada hambanya yang terpilih.

KIsah pengislaman yang menarik

Hal ini samalah seperti kisah seorang nenek berusia 85 tahun yang memeluk Islam baru-baru ini dan sedang gigih belajar agama walaupun diusia emas.
Kisah Mariam Revert pernah tular sebelum ini dan perjalanan kehidupannya sebagai seorang Muslim dapat diperhatikan menerusi akuan Instagramnya iaitu Mariam_Revert.

Gemar dengar laungan azan

Dalam perkongsian yang terbaru mengenainya, pengendali akaun Instagramnya memaklumkan bahawa Mariam amat gemar datang ke masjid dan mendengar laungan azan.