Kisah Luar Biasa, Anak Autisme Ini Mampu Hafal 30 juzuk Quran Seawal 8 Tahun


Kisah Luar Biasa, Anak Autisme Ini Mampu Hafal 30 juzuk Quran Seawal 8 Tahun

Anak autisme, Muhammad Ammar Qayyim memiliki kelebihan luar biasa yang membuatkan ramai kagum tular dimedia sosial. Ketika umur 11 tahun, adik ini yang mesra dipanggil Ammar Qayyim masih memakai lampin pakai buang untuk membuang air besar dan menyusu botol pada waktu tidur malam. Malah, perwatakan dan tutur katanya juga tidak seperti rakan-rakan sebaya yang lain.

Anak Autisme miliki kelebihan hafal Quran

Sumber foto: harian metro

Namun begitu, siapa menyangka anak Autisme ini memiliki kelebihan yang cukup istimewa yang tidak semua memilikinya. Menerusi Harian Metro, seawal umur 8 tahun adik ini mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran.

Memiliki kelebihan istimewa

kata bapanya, Nazeri Arshad kelebihan anaknya itu menghafaz mula dikesan setelah pakar sebuah pusat rehabilitasi mengesan kecenderungan dan mengesyorkan belajar di Akademi Darul Huffaz (ADH) International Tahfiz & Science Academy Malaysia.

“Seminggu dia belajar di ADH, ramai ustaz kagum dengannya kerana boleh menghafaz al-Quran pada usia baru mencecah tujuh tahun ketika itu…”Bagaimanapun, faktor kejayaan adik ini yang mampu menghafaz 30 juzuk juga kerana didorong oleh kesabaran dan komitmen tinggi keluarganya.

Kata Pengasas Akademi Darul Huffaz (ADH) International Tahfiz & Science Academy Malaysia Sheikh Lokman Shazly Azlanii Zaharin, ibu bapa adik ini mempunyai kesabaran tinggi menghantar anaknya itu menuntut ilmu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Harian Metro