Al-Fatihah, Bapa Leda Moin Kembali Ke Rahmatullah


Takziah kami ucapkan kepada penyanyi dan pelawak Ieda Moin atas pemergian bapanya, Abdul Moin Abdul Ghani, 68, yang meninggal dunia hari ini di sebuah hospital akibat jangkitan kuman dalam darah dan paru-paru.

 

Berita sedih itu diumumkan rakan kongsinya yang mengusahakan restoran Lepak Court, Nurul Azrina Kadri di Facebook.

“Assalamualaikum…hujan membasahi bumi seakan memahami kedukaan ini di pagi hari. Dukacitanya abah kepada Ieda Moin, Ed Moin, Mizs Ina telah kembali kepada Maha Sang Pencipta.

Klik untuk gambar besar

“Doakan semoga segalanya dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat. Semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, ditinggikan martabatnya dan ditempatkan bersama para kekasih Allah.Al-fatihah,” tulisnya.

Terdahulu, Ieda membuat hantaran di Facebook, Ahad lalu meminta rakan-rakan dan peminat mendoakan kesihatan bapanya yang sedang dirawat di hospital.

www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Ieda Moin