Gara2 isteri sibuk berzumba sampai tak masak, suami ‘naik hantu’ hempas dapur gas


Setiap individu mesti ada satu rutin harian atau hobi yang gemar dilakukan, tetapi janganlah sehingga obses sehingga mampu menganggu hubungan rumah tangga.

Seperti yang tular di laman Facebook ini mengenai seorang lelaki mengamuk yang berang apabila isterinya tidak memasak kerana sedang sibuk berzumba bersama rakan-rakan.

Isteri tak masak, sibuk berzumba

Menerusi video yang dikongsi Eris Riswandi, kejadian berlaku di Indonesia itu memaparkan lelaki terbabit bertindak agresif dengan merosakkan dapur gas di hadapan isterinya yang ketika itu sedang berzumba.

Keadaan bertukar kecoh apabila dapat dilihat seorang wanita yang dipercayai isterinya cuba menenangkan lelaki itu, namun dia tetap mengamuk sambil diperhatikan rakan-rakan zumba isterinya.

Masak dulu baru berzumba

Tidak diketahui bila kejadian tersebut berlaku, tetapi posting itu mendapat 5,700 perkongsian selain pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang berpendapat bahawa si isteri perlulah mengutamakan tanggungjawab terlebih dahulu, manakala si suami pula tidak sepatutnya bertindak sedemikian.

Mungkin isteri dah banyak kali buat macam tu

Isterinya yang salah

Sumber: Eris Riswandi