Hampir Sebulan Men1nggal Dunia, Label Buat Keputusan Lancar Lagu Terakhir Sandra Dianne “Arw4h Rakam Berulang Kali Untuk Dapatkan Em0si”


HAMPIR sebulan pemergian Sandra Dianne, syarikat rakaman dan pengurusan Sony Music Malaysia melancarkan lagu terakhir nyanyian dan ciptaan Allahyarham bagi mengubati kerinduan peminat.

Menurut wakil pengurusan iaitu Vea Norman, Allahyarham merakam lagu berkenaan beberapa bulan lalu dan merancang untuk diperdengarkan selepas program Big Stage 2020.

“Kami selaku pihak pengurusan Allahyarhamah Sandra Dianne ingin berkongsi hasil karya penuh makna buat arwah ini kepada semua peminatnya di luar sana.

“Lagu ini menceritakan sebuah percintaan yang tergantung di tengah jalan. Sang kekasih memutuskan untuk meninggalkan pasangan tanpa ada perbincangan dan memaksa pasangannya menerima keputusan bulat-bulat.

“Mesej utama yang ingin disampaikan dalam lagu ini adalah sesuatu perhubungan sepatutnya perlu dihormati kedua belah pihak. Apa saja masalah dihadapi perlukan perbincangan yang kukuh dan tidak sepatutnya ditinggalkan tanpa alasan munasabah. Jangan ambil keputusan dan memaksa pasangan terima tanpa cuba perbaiki atau berbincang, ” katanya.



Jelaskan merupakan buah tangan terakhir Sandra buat peminat.

Sementara itu, Vea turut berkongsi mengenai perjalanan proses penghasilan lagu tersebut yang agak mencabar kerana perlu akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Arwah Sandra mengatakan dia sudah menulis lagu Jelaskan sejak tahun lalu lagi. Bagaimanapun, proses rakaman hanya dapat dimulakan dan disempurnakan pada sekitar bulan Mei lalu. Dia menyerap inspirasi daripada penyanyi antarabangsa iaitu Billie Eilish.

“Prosesnya agak lama juga kerana lagu dirakam ketika PKP. Untuk susunan muzik dirakam di Kuala Lumpur manakala vokal di Sabah, berikutan kualiti rakaman tidak memuaskan produksi terpaksa menunggu Sandra balik ke Kuala Lumpur bagi merakam trek vokal semula. Bahagian itulah paling mencabar kerana dilakukan berulang kali untuk mendapatkan emosi yang paling sempurna, ” katanya.



Ajai terkilan lagu ciptaannya untuk Sandra tak sempat dirakamkan.

Jelaskan sudah boleh didengari di semua platform digital bermula Jumaat lalu.

Sandra atau nama sebenar Alessandra Dianne Ampuria meninggal dunia pada 11 September selepas enam hari bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Pada 5 September lalu, Allahyarham yang berusia 25 tahun terbabit dalam kemalangan Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya, ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Sabah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mStar