“Makin C4ntik Bergaya,” Pen4mpilan Hidayah Abam R4ih Pujian Netizen


Balu kepada pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam iaitu Siti Nur Hidayah Mohd Ali dilihat sudah mulai mengorak langkah dan bangkit daripada kesedihan dengan mencari pendapatan sendiri.

Selepas jualan cempedak gorengnya mendapat sambutan yang menggalakkan, wanita berusia 28 tahun itu telah berjaya membuka kedainya sendiri bagi menjalankan perniagaan tersebut.

Rezekinya juga semakin mencurah-curah dan kerap kali mendapat perhatian warganet di sosial media kerana kagum dengan kesungguhannya menyara diri sendiri dan anaknya.

Nampak cantik lah!

Terbaru, Hidayah berkongsi sebuah posting di Instagram sehingga mencuri perhatian warganet kerana berpenampilan berbeza selain kelihatan sangat cantik dengan dress labuh.

Semakin hari semakin cantik

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji penampilan terkini Hidayah yang kelihatan semakin cantik.

Mereka juga sempat mendoakan agar Hidayah terus tabah dan kuat mengharungi kehidupan akan datang sebagai seorang ibu tunggal.


Semoga terus jadi wanita lebih kuat

Nampak semakin tabah dan ceria

Cantiknya Hidayah sekarang

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Sumber: hidayah_abam