Murid Ini Pernah Tular Ponteng Sekolah Sbb Jaga Ibu Skit. Malam Tadi Ibunya Telah Pergi Mengadap llahi


Kisah murid ini pernah tular sekitar Mei lalu apabila tidak menjejakkan kaki ke sekolah sejak Januari kerana terpaksa menjaga dan menguruskan ibunya yang saakit.

Di usia yang masih mentah, Nor Syafira Mohd Razali, 11, sudah menggalas tanggungjawab sebagai tempat berpaut buat ibunya, Norhayati Che Noh, 45.

Namun takdir Allah penentu segala apabila ibu tercinta pergi mengadap Ilahi malam tadi.

” Umi ada berpesan agar saya jaga diri dengan baik dan kami sama-sama menangis ketika itu kerana umi memang sudah berasakan hayatnya tidak lama,” kata Syafira.

Kanak-kanak berusia 11 tahun itu kini hidup sebatang kara apabila ibunya yang menderita pnyakit drah tinggi, kncing manis kr0n1k dan buah pinggang meninggI dnia di Hspital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, malam tadi.

Kisah Nor Syafira yang menjaga ibunya yang saakit sehingga menyebabkannya terpaksa ‘ponteng’ sekolah sepanjang tahun ini pernah dipaparkan dalam akhbar sebelum ini dan mengundang hiba ramai pihak.

Nor Syafira berkata, sebelum dimasukkan ke HRPZ II, ibunya mendapatkan rawatan di Hspital Tumpat selama seminggu dan sepanjang tempoh itu dia sentiasa berada di sisi arwh.

” Umi meminta kebenaran doktor untuk pulang kerana rindukan rumah kami dan ketika berada di rumah lah dia sempat menitipkan pesanan itu dan kami sama-sama menangis.

” Keesokan harinya keadaan umi kembali krit1kal sebelum segera dirujuk ke HRPZ II dan selepas 10 hari menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (lCU), umi menghembvskan nfas ter4khir malam tadi kira-kira 7.40 malam,” katanya dalam nada sebak.

NorSyafira ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dalam Rhu di sini selepas mengiringi jnzah ibunya ke Tanah Perkburan Islam Kbur Dato’ berkata, dia buntu dan masih belum membuat keputusan ingin menetap bersama siapa.

Ada pihak mahu ambil tinggal bersama

Dia yang juga murid Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 1 berkata, ada beberapa pihak yang sudi menjemputnya tinggal bersama namun rasa sayang terhadap rumah yang didiami bersama arwh ibu membuatkannya berat kerana tidak sanggup melupakan segala kenangan bersama.

” Saya sayangkan rumah ini kerana ia baru sahaja dibaiki dan banyak kenangan bersama umi disebabkan umi yang membesarkan saya berseorangan selepas bercrai dengan ayah 11 tahun lalu.

” Selain terlalu rindukan umi, hati saya juga meronta untuk kembali bersekolah kerana sudah hampir setahun meninggalkan alam persekolahan,” kata anak tunggal itu.

Sementara itu wakil kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed berkata, Nor Syafira akan diletakkan di bawah jagaan pihaknya kerana selama hayat arwh Norhayati, segala kebajikan dua beranak itu di bawah tanggungjawab mereka.

” Kami akan menguruskan proses penjagaan Nor Syafira dan membuat pertukaran sekolah dengan mencari sekolah harian yang mempunyai asrama.

” Kami juga akan sentiasa memantau perkembangan Nor Syafira sehingga dia menamatkan pengajian dan mampu berdikari suatu hari nanti,” katanya.