Pemergian dicemburui, guru meninggal dunia ketika solat jemaah di masjid


Bagi yang mungkin baru dengar istilah ni, kematian husnul khatimah membawa maksud kematian dengan pengakhiran atau kesudahan yang baik.

Setiap insan yang beragama Islam pasti mendambakan dijemput Ilahi dalam keadaan yang beriman. Begitu juga dengan kisah seorang guru ini apabila ‘pergi’ dikala sedang beribadah.

Meninggal sedang solat jemaah

Menerusi perkongsian di Facebook Penang Kini, guru tersebut dikenali sebagai Cikgu Ehsan Abd Hadi yang meninggal dunia semasa solat Isyak berjemaah di Masjid Jamek Tasek Gelugor pada malam Sabtu.

Jemaah tolong urus jenazah

Menerusi gambar yang tular di media sosial, memaparkan beberapa orang jemaah membantu mengangkat jenazah arwah yang sudah terbujur kaku.

Salam takziah diucapakan kepada keluarga arwah, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman dan beramal soleh.

Sumber: Penang Kini