Pemergian Sukarelawan Razan Ashraf Najjar Dit4ngisi Jutaan Umat Islam. Ini Dia Dalang Sebenar


Pemergian Sukarelawan Razan Ashraf Najjar Dit4ngisi Jutaan Umat Islam. Ini Dia Dalang Sebenar

Dunia sekali lagi dikejutkan dengan siri kek3jaman r3jim Zi0nis apabila berita pembu nuhan Razan Ashraf Najjar tersebar. Beliau terbu nuh akibat dit3mbak di d4da oleh sniper r3jim Zi0nis Isra3l ketika memberikan bantuan perubatan di perkampungan Khuza’a.

AllahuAkbar! Pilu hati kami mendapat berita dari pegawai kami di Gaza. Razan Ashraf Najjar @razan.asnajar رزان النجار yang berumur 21 tahun terbu nuh akibat dit3mbak di d4da oleh sniper r3jim Zi0nis Isra3l ketika memberikan bantuan perubatan di perkampungan Khuza’a.

Razan pernah berkata, “Boleh sahaja jika saya hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan. Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga syahid seperti mereka.”

Tanggal 1 Jun, Allah memakbulkan doanya. Beliau gugur sebagai seorang paramedik, seorang hero yang menyelamatkan nyawa orang lain dan seorang pejuang yang ingin membebaskan tanah air tercinta. Razan menjadi sukarelawan kami sejak Ramadan tahun lepas.

Ibu Razan memeluk baju jururawat milik Razan yang dipenuhi dengan darah anaknya.

Tahun ini Razan bercadang untuk meneruskan kerja-kerja sukarelawan beliau tetapi Allah lebih menyayangi Razan. Kami kehilangan 2 orang sahabat dalam masa terdekat ini. Imam Fadi al-Batsh dan Razan Najjar.

Semoga kedua-duanya dikurniakan syahid.

Semoga pemergian Razan menjadi motivasi kepada sahabat-sahabat kami di Palestin untuk terus berjuang. Kami di sini akan terus menyalurkan bantuan kepada sahabat-sahabat di Palestin. Semangat kesukarelawanan dan kemanusiaan yang tinggi pada diri beliau ini perlu kita contohi.

Seorang gugur akan lahir 10 orang Razan. Kita di Malaysia pun boleh mengambil pengajaran dan inspirasi dari perjalanan hidup Razan.

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

sumber: Aqsa Syarif