Saya DiIarang SoIat Brjemaah Brsama Isteri di Lokasi Pnggambaran Oleh Rakan IsIam Sendiri – Adam Corrie


” Salam Maulidur Rasul. Ketika saya belum kembali kepada fitrah. Saya selalu mendengar kawan-kawan Muslim cerita mengenai Rasulullah SAW,”

Demikian perkongsian pelakon Adam Corrie Lee Bin Abdullah di Instagram sempena hari Maulidur Rasul yang menyentuh hati ramai.

Adam Corrie berkongsi kisah mengimbau detik awal beliau sebelum memeluk agama Islam sekitar Julai 2007.

” Saya selalu tertanya-tanya siapakah Muhammad ni? Dulu apabila kawan-kawan cerita tentang Rasulullah SAW, saya pasti mendengarnya dengan khusyuk.

” Kisah Rasulullah SAW yang dilempar batu ke arah kepala baginda oleh penduduk Thaif ketika Rasulullah SAW berdakwah amat menyentuh perasaan saya dengan kesabaran Rasulullah SAW.

” Rasulullah SAW tidak memarahi mereka malah mendoakan kebaikan untuk mereka.

” Dari perasaan ingin tahu terus menjadi rindu pada Rasulullah SAW

” Asbab dari akhlak Rasulullah SAW saya semakin mengenali dan mencintai Islam dan Allah.

” Alhamdulillah, hati saya telah dijentik hidayah oleh Allah SWT untuk kembali kepada fitrah.

Pelakon yang terkenal dengan watak Dragon dalam filem KL Gangster itu turut berkongsi gambar ketika beliau berada di Makam Rasulullah SAW pada tahun 2018.

Menurut Adam, beliau dapat hadiah mengerjakan ibadah umrah sempena Tokoh Maal Hijrah Saudara Kita peringkat negeri Selangor 2017.

Kisah Adam mula memotong rambutnya

” Menjawab pertanyaan bila kali terakhir saya berambut panjang?

” Apabila kita jatuh cinta dengan seseorang. Kita akan usaha untuk mendapatkan cintanya. Walaupun tidak pernah jumpa. Apabila ada cerita tentangnya. Perasaan ingin ambil tahu itu sangat tebal.

” Begitu teruk angau rindu saya terhadapnya walaupun tak pernah berjumpa hanya mendengar nama dan cerita mengenainya.

” Saya menaruh harapan untuk berjumpa dengannya untuk mendapat kebenaran dalam hidup iaitu Kekasih Allah.

” Impian hendak jejakkan kaki ke tanah suci dan ziarah Rasulullah SAW sejak sebelum syahadah , tercapai selepas kembali fitrah pada usia Islam saya 8 bulan. Syukur alhamdulillah.

Tambah Adam, niat yang baik itu penting untuk memulakan sesuatu perbuatan.

Menurutnya, selepas saie, dan bertahalul , tiada lagi rambut panjang sejak tahun 2008

Alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya telah menjadi kenyataan.

Pernah dilarang solat di lokasi penggambaran

Cabaran Adam Corrie sebagai seorang saudara baru ialah beliau pernah dilarang Solat dan beliau pernah ditegur dan dipandang serong kerana menunaikan solat berjemaah bersama isterinya di lokasi penggambaran.

Menurutnya, teguran secara terbuka dan dalam nada keras itu dibuat oleh rakan Islam sendiri yang merasakan tindakannya mengganggu jadual penggambaran.

” Apa salahnya saya dan isteri solat berjemaah kerana bukanya lama, sebentar saja.

” Ayat yang dikatakan itu sampai sekarang masih saya simpan sebagai kenangan,” beliau dipetik sebagai berkata.

Sumber: IG Adam Corrie dan wikipedia