“Semoga Allah terima taubat saya” Nekad Tinggalkan Dunia Hiburan, Pelakon Cantik Sana Khan Mahu Jadi Muslim Bertakwa


“Semoga Allah terima taubat saya” Nekad Tinggalkan Dunia Hiburan, Pelakon Cantik Sana Khan Mahu Jadi Muslim Bertakwa

Sejak beberapa hari lalu, Sana yang berusia 32 tahun tertanya-tanya apakah makna sebenar kehidupan seorang manusia semata-mata mengejar kekayaan dan kemasyhuran?  Selepas 15 tahun bergelumang dalam dunia lakonan, aktres terkenal Bollywood, Sana Khan akhirnya menyedari kerja-kerja yang dilakukannya itu tidak menggembirakannya.

Bahkan, sejak beberapa hari lalu pelakon jelita berusia 32 tahun itu tertanya-tanya apakah makna sebenar kehidupan seorang manusia semata-mata mengejar kekayaan dan kemasyhuran? Bertitik tolak pada kesedaran serta petunjuk yang diperoleh, Sana mengumumkan hasratnya meletakkan noktah pada kerjaya seni dan beralih untuk mengabdikan diri pada Yang Maha Esa.

“Hari ini saya membuat keputusan yang penting dalam hidup. Saya sudah melalui kehidupan dalam bidang seni bertahun-tahun lamanya dan sepanjang perjalanan itu, saya amat bersyukur kerana dikurniakan kemasyhuran, penghormatan dan kekayaan.

“Namun, sejak beberapa hari lalu, saya memikirkan apakah maksud sebenar dalam kehidupan manusia hanya semata-mata mengejar kekayaan dan kemasyhuran? Tidakkah menjadi tanggungjawab setiap seorang daripada kita menghulur bantuan kepada yang memerlukan? Bukankah seseorang itu harus berfikir dia boleh sahaja di4mbil ny4wanya pada bila-bila masa? Dan pakah yang akan terjadi selepas kita tiada (meningg4l dunia)?” tulis Sana dalam akaun media sosialnya beberapa hari lalu.

Membicarakan soal kehidupannya sebagai seorang pelakon, Sana berkata, dia sering melakukan pemerhatian dan mencari jawapan apakah yang akan terjadi padanya selepas dia dijemput Ilahi. “Untuk sekian lama, saya mencari jawapan pada dua soalan terutamanya pada soalan apa yang akan terjadi pada saya selepas kem4tian saya?

“Apabila mencari jawapan itu dalam agama saya, saya menyedari bahawa kehidupan di dunia adalah persiapan untuk kehidupan yang lebih baik selepas kem4tian,”tulisnya dalam hantaran yang mendapat perhatian peminat-peminat setianya.

Sana turut berkongsi pandangan bahawa matlamat sebenarnya seseorang manusia itu bukanlah semata-mata kerana kekayaan dan kemasyhuran, sebaliknya, harus menjauhkan diri daripada terjebak dalam kehidupan yang melalaikan dan mengundang d0sa, berbakti kepada sesama manusia serta melakukan apa yang disuruh olehNya.

Sehubungan itu, Sana mengumumkan dia akan meninggalkan dunia hiburan buat selama-lamanya dan melakukan apa yang dituntut oleh Allah. Dalam masa sama, Sana meminta peminat-peminatnya agar sama-sama mendoakan dia dapat melakukan taubat dan usahanya itu diterima oleh Allah.

“Saya minta semua peminat berdoa semoga Allah menerima taubat saya dan memberi saya panduan untuk mampu meneruskan kehidupan mengikut apa yang disuruh oleh Pencipta,” katanya lagi.

Sepanjang bergelar pelakon, Sana pernah membintangi 14 buah filem dalam lima bahasa ikaitu Hindi, Malayalam, Tamil, Kannada dan Telugu. Dia juga pernah muncul dalam 50 iklan komersial gselain aktif sebagai penari. Pada 2019, aktres terkenal Zaira Waseem juga mengumumkan pengundurannya dari industry perfileman kerana ingin kembali kepada ajaran agama.

Sumber: Astroawani