“Si abang terus peluk adik…” – Dua beradik terkejut, tengok ibu sendiri maut kemalangan


Perkara yang paling ditakuti setiap insan adalah menerima berita kehilangan insan yang tersayang dalam keadaan yang memilukan.

Terbaru, tular mengenai satu kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motorsikal dan sebuah kereta. Dikatakan, seorang wanita terkorban dalam nahas tersebut.

Seorang ibu maut kemalangan

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang pengguna bernama Nurfa Ray, memuat naik beberapa gambar yang memaparkan keadaan di lokasi kemalangan.

Menurut Nurfa, gambar itu dihantar sendiri oleh suaminya yang kebetulan melalui kawasan kemalangan. Dikatakan, satu foto yang memaparkan seorang remaja lelaki dan budak perempuan berbaju seragam sekolah adalah anak kepada mangsa.

Tak sangka mak sendiri mangsa kemalangan

Diberitahu, remaja lelaki berkenaan yang sedang dalam perjalanan menghantar adiknya ke sekolah, juga kebetulan lalu di kawasan kemalangan.

Namun, alangkah terkejutnya dia apabila melihat mangsa kemalangan yang sudah terkujur kaku di bawah kenderaan itu adalah ibunya sendiri.

“Dia tengok ada orang kemalangan sekali tengok mak dia yang terkujur kaku duduk bawah kerea. Tak tergambar perasaan seorang anak jatuh rebah menangis peluk adik dia…”

Semoga tabah adik2

Dalam pada itu, rata-rata netizen mengucapkan ucapan takziah dan bersimpati terhadap nasib dua beradik tersebut yang baru kehilangan ibu.

Allahu sedihnya…

Salam takziah…

Salam takziah diucapkan, semoga dua beradik tersebut dan keluarga mereka diberi ketabahan menghadapi kehilangan ini.

Sumber : Nurfa Ray