Sudah Pulih & Sihat, Fedtri Yahya Kembali Bersiaran Di MHI


Pengacara, Fedtri Yahya memaklumkan sudah kembali bersiaran di rancangan bual bicara, Malaysia Hari Ini (MHI), hari ini.

Fedtri turut berkongsi beberapa keping foto terkini bersama peminat menerusi akaun Instagrsm miliknya.

“Kembali bersiaran di MHI,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa syukur kerana pengacara berusia 39 tahun itu sudah kembali pulih dan sihat.

Terdahulu, Fedtri mengalami keced3raan di bahagian muka selepas terlibat dalam satu kemal4ngan jalan raya ketika melakukan sukan berbasikal pada 17 September lalu.

Foto: Twitter Fedtri Yahya