Takzlah!! Al-Fatihah..Ujlan Berat Buat Zizan Apabila Di Uji Dengan Kehilangan Insan Tercinta


Pelakon dan pelawak, Zizan Razak, 36, kehilangan nenek tercinta, Zainoon Abdullah yang menlnggal dunia di Dungun, Terengganu pada jam 11.57 pagi, hari ini.

Menerusi entrinya di Instagram, Zizan meminta doa daripada semua untuk disedekahkan kepada arw4h
“Al-Fatihah buat Zainoon Abdullah yang baru sahaja menghembvskan nafas terakhir jam 11.57 pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama orang-orang yang beriman juga dipermudahkan segalanya,” tulisnya.

Awal pagi tadi, pelakon Polis Evo terbabit sempat memuat naik fotonya melwat neneknya di h0spital sebelum pulang ke Kuala Lumpur (KL).

“Wan, adik balik KL ya wan. Adik kena balik sebab penggambaran. Nanti, adik balik Dungun lagi jumpa Wan ok. Wan kena kuat sampai sihat. Saya sayang wan,” katanya.

Awal September lalu, Zizan bersama keluarga bergegas balik ke Dungun selepas mendapat tahu neneknya itu jatvh saklt. Keadaan arwh ketika itu masih stabil menurutnya.

Bagaimanapun, dia tidak berkongsi dengan lebih lanjut mengenai penyaklt yang dihldapi neneknya.

sumber: Metro

Terdahulu..

Zizan Razak sebak, tak kervan fikir nenek di Terengganu – “Orang tengok kita pelawak hanya nak bergurau”PELAWAK Zizan Razak enggan memikirkan mengenai soal jodoh dan perkahwinan kerana keutamaannya kini adalah keluarga.

Zizan berkata sebagai anak, fokusnya kini lebih terarah kepada keluarga, lebih-lebih lagi keadaan kesihatan nenek yang kurang baik.

“Buat masa ini saya tak fikir langsung fasal kahwin sebab banyak benda saya nak fokus, jaga emak dan nenek. Nenek saya pun sedang saklt… Kadang-kadang orang tak faham, tapi saya cuba terbaik untuk diri saya.

“Nenek sedang didi4gnos kerana disy4ki hldap k4nser, jadi apabila sebut k4nser agak berat untuk kita sebab ianya bukan saklt biasa… sekarang dia sedang tunggu doktor mengesahkan tentang kesihatan dia.

“Hal-hal lain saya okay sahaja tapi apabila membabitkan kesihatan keluarga saya rasa berat. Susah nak cerita mengenai perkara ini dekat orang lain… sebab orang selalu ingat kita pelawak nak bergurau saja kan?” katanya.

Sumber:tranformasi