Tampil bergaya purdah, ramai doakan Izreen Azminda istiqamah


Perkongsian terbaru pelakon, Izreen Azminda di laman Instagram miliknya mencuri perhatian ramai apabila tampil mengenakan jubah dan berpurdah.

Menerusi posting tersebut, pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu juga diilihat menitipkan nasihat dan kata-kata islamik di ruangan kapsyen posting berkenaan.

“Sesiapa yang berpagi pagi sedang keinginannya hanya pada dunia.. Pasti Allah akan selerakkan urusannya..
“Menjadikan kehidupannya kelam kabut serta menjadikan kefakiran berada dihadapannya… Dia tidak akan memperolehi suatupun dari dunia melainkan apa yg dicatat untuknya..
“Manakala sesiapa yg berpagi pagi sedang keinginannya utk mendapat akhirat.. Allah akan memperteguhkan keinginannya itu..
“Menjaga urusan hidupnya dan menjadikan kekayaan dihatinya.. dan dunia akan datang kepadanya dengan tunduk dan terpaksa,” tulisnya.

Bukan tunjuk baik

Menurut pelakon berusia 35 tahun itu, perkongsian tersebut bukanlah untuk menunjukkan dirinya baik tetapi hanya meminjam kata-kata daripada selebriti, Neelofa yang membuatkan hatinya tersentuh.

“Ayat ni kami ambik dari Neelofa sebab bila kami baca hati kami tersentuh.. Semoga kami dan ampa (kamu) semua berada dilandasanNya..
“Jgn pernah berhenti berdoa.. Post mcm ni tak menunjukkan kami baik tapi kami sentiasa berusaha untuk berubah kearah dan jalan yg diredhaiNya.. Insyallah,” jelasnya.

Penampilan masih sama

Bagaimanapun, Izreen mengakui dia hanya mempromosikan khimar daripada satu jenama pakaian yang disifatkan cukup selesa untuk dipakai.

Rata-rata peminat aktress berkenaan dilihat meninggalkan komen mendoakan agar Izreen terus istiqamah dalam berpenampilan menutup aurat.

Moga istiqamah

Semoga dipermudahkan

Suatu hari nanti

Sumber: Izreen Azminda