Ustaz Ebit Lew sedekah 200 tilam, kelengkapan lain buat warga penjara


Selain masyarakat memerlukan, bantuan Ustaz Ebit Lew (UEL) turut ditagih jabatan kerajaan.

Terbaru, Jabatan Penjara Malaysia memohon bantuan daripada pendakwah bebas itu.

“Sayu rasa. Pagi ini saya dapat surat dari Penjara HQ dan Penjara Pokok Sena memohon bantuan untuk warga penjara untuk mereka yang dikuarantin.

“Terus bergegas belikan dan uruskan lori untuk penghantaran ke penjara. Saya doakan lori bantuan selamat sampai. Saya tak kesana. Kita semua sebuah keluarga,”katanya dalam satu kenyataan di Facebook malam ini.

UEL berkata, beliau membelikan keperluan untuk 200 orang.

“200 tilam. 200 bantal, tuala dan cadar. Kipas 10 biji. Face shield 2000 pcs. Barang-barang makanan dan barang asas,” katanya.





Beliau juga menitipkan doa supaya seluruh negara ini dijauhi daripada COVID-19.

“Ya Allah selamatkanlah dan permudahkanlah buat warga penjara pokok sena dan Alor setar. Ya Allah selamatkan saudara kami di seluruh Sabah.

“Selamatkanlah kami semua ya Allah. Semua saudara kami yang sakit sembuhkan. Yang dijangkiti pulihkan. Yang kehilangan keluarga tersayang beri kekuatan kesabaran,”katanya.

Beliau berkata, petugas negara barisan hadapan juga diharapkan terus kuat dan diberi kekuatan.

Rentas7.com