Ustaz Ebit santuni 2 beradik yatim piatu; mak m4ut eksiden jalanraya


S4yunya berbual dengan adik Fatihah Aina darjah 1 dan abangnya 18 tahun baru kehilangan mak kerana kem4langan jalan raya. Masa kejadian, mereka berdua ke sekolah naik motor dan terlihat sebuah kemal4ngan, tak sangka rupa-rupanya mak mereka yang eksiden masa nak pergi kerja.

Arw4h kerja cleaner.. Ya Allah. Adik berdua ni kini tinggal bersama neneknya. Keduanya tengok jer saya sampai tadi terus nak menang1s dan nak peluk saya. Terasa macam keluarga. Cara mereka cakap pada saya macam keluarga dekat sangat.

Dia kata sayang saya sambil menang1s. Ya Allah. Banyak kali mereka menang1s hadir dekat saya. Abang Fatihah baik sangat adik ni. ada buku tulisan saya. Dia kerja kebun getah sebelum ini. Awal tahun ni dia naik motor seorang diri dengar ceramah saya di dataran kemaman. Jauh juga…

Katanya masa tu dia peluk saya di pentas. Dia beli buku saya masa tu dengan duit gaji sendiri. Saya masih ingat. Ya Allah. Dua-dua macam nak bercerita lagi. Saya pesan padanya. Ustaz rindu mak. Rindu nak jumpa dalam syurga. Adik berdua belajar rajin jadi orang baik nanti jumpa mak dalam syurga. Adik tu kata, ustaz doakan mak saya masuk syurga Firdaus ya.

Syukur saya hadiahkan sedikit belanja buat mereka dan hadiah lain-lain. Syukur yang membantu saya sampai ke sini cikgu Fatihah, syapik hasan, guru besar dan rakan guru yang sangat ambil berat pelajar. Terima kasih cikgu-cikgu dan pibg yang kuat dan hebat.

Kredit; Ebit Lew