2 mangsa dipercayai maut, helikopter terhempas di Taman Melawati


Sebentar tadi, sebuah helikopter telah terhempas di Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor. Kejadian tersebut dikatakan berlaku sekitar jam 12 tengahari dan beberapa gambar serta video telah tular di media sosial.

Berlaku perlanggaran dengan helikopter lain

Menerusi Muat naik daripada seorang wartawan dikenali sebagai Mohd Redzuan Abd Manap di Twitter miliknya, helikopter tersebut dipercayai telah berlanggar di udara dengan sebuah lagi helikopter lain sebelum tertempas.

Walau bagaimanapun, helikopter lain itu selamat mendarat di kawasan lapang.

Polis sahkan kejadian tersebut

Menerusi Harian Metro,  Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha telah mengesahkan kejadian itu. Beliau memaklumkan sekurang-kurangnya dua mangsa dipercayai meninggal dunia.

“Ya betul ada terima panggilan daripada orang awam.

“Saya tak boleh maklum apa lagi. Saya sedang menghala (lokasi kejadian).” Katanya.

Buat masa ini identiti mangsa masih tidak dapat dikenal pasti lagi dan sedang menunggu laporan daripada pihak berkuasa.

Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim),Info Roadblock JPJ/Polis, Mohd Redzuan Abdul Manap