“Berniaga perlu usaha, doa & tawakal..” – Zul Yahya berjaya buka pasar raya sendiri


Melihat kejayaan ElewsMart milik pendakwah terkenal ,Ustaz Ebit Lew telah mendorong pelakon Zul Yahya untuk membuka pasar raya miliknya sendiri yang diberi nama Zulyahya Mart.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, pelakon berusia 47 tahun itu memaklumkan ini adalah antara cara dan langkah untuknya serta keluarga mendidik diri untuk berjaya di jalan Tuhan.

Usaha, tawakal dan doa yang tak putus-putus

Menerusi posting, bapa kepada enam orang cahaya itu berharap usaha yang dilakukan ini adalah sebagai penggerak kepada dirinya agar segala yang dilakukan berpaksikan pada syiar agama.

“MasyaAllah, kami belum baik baru belajar korbankan sikit-sikit untuk perkara baik. Doakan kami semoga dapat mendidik diri dan keluarga digerakkan agar sentiasa korbankan diri, masa dan harta untuk kehidupan agama…”

“Berniaga perlukan usaha, tawakal dan doa yang tak putus-putus InsyaAllah…”

Tahniah abang Zul

Pada ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Zul atas kejayaannya membuka sebuah pasar raya dengan hasil titik peluhnya.

Semoga murah rezeki

Selamat maju jaya

Sentiasa sokong produk Muslim

Sumber: Zul Yahya