Erdogan Berasal Dari Kejiranan M!skin, Kini “Sultan” Turki Moden. Mashaa’ALLAH…Pemimpin Yang BerJiwa Rakyat Presiden Recip Tayyip Erdogan


Erdogan Berasal Dari Kejiranan M!skin, Kini “Sultan” Turki Moden. Mashaa’ALLAH…Pemimpin Yang BerJiwa Rakyat Presiden Recip Tayyip Erdogan

PM Erdogan Yang Turut Mengusung Keranda Jenazah Muazdin Masjid Istanbul .Di Sebelahnya , Berbaju Kuning Ialah Pekerja Pembersih Di Masjid Yang Sama . ALLAH HUAKBAR

Di negerinya sendiri, Erdogan sangat dicintai rakyat Turki. Salah satu alasannya seperti ini; ketika tiba di Turki sepulang kunjungan dari Indonesia, Erdogan turut mengantar jenazah salah seorang rakyatnya. Bukan sekedar mengantar, Erdogan juga ikut mengangkat jenazahnya.

Sebelum menjadi Presiden, Erdogan pernah menjabat sebagai walikota Istanbul. Di sanalah kepemimpinannya mulai dikenal banyak orang. Dikenal sekaligus dicintai. Sepanjang masih memungkinkan, Erdogan menyempatkan untuk menghadiri pernikahan warganya.

Juga menghadiri pemakaman warganya. Bahkan tidak jarang ia datang ke rumah sakit untuk melihat warganya yang sakit. Tak heran, ia kemudian sangat dekat dan dicintai warganya lalu terpilih selama dua periode menjadi Perdana Menteri.

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Semoga ALLAH Merahmati Beliau PM Erdogan

RAMAI mu suh Islam memb3ncinya, namun rakyat Turki mengasihinya. Kalangan penyokong menggelarnya “buyuk usta” atau “tuan besar”, lebih mudah lagi “sultan.” Itulah Presiden Recep Tayyip Erdogan yang sehingga hari ini dilihat berjaya memacu Turki keluar daripada sebuah negara sekular menjadi negara Islam disegani meskipun menerima cabaran hebat selepas cubaan penggulingan kuasa gagal 15 Julai lalu.

Beliau yang lahir pada 26 Februari 1954 di kawasan kejiranan m!skin Kasimpasa, Istanbul adalah Presiden Turki ke-12 sejak 2014 yang sebelum ini disandang Abdullah Gul. Erdogan sebelum itu berkhidmat sebagai Perdana Menteri Turki dari 2003 hingga 2014 dan Datuk Bandar Istanbul dari 1994 hingga 1998.

Ketika remaja, beliau menjual lemonad (air lemon) dan roti ban bijan dikenali simit di jalanan untuk mendapatkan wang tambahan. Dibesarkan dalam sebuah keluarga Islam yang taat, pemimpin itu tamat sekolah rendah Kasimpasa Piyale pada 1965 dan Sekolah Imam Hatip, sekolah vokasional agama pada 1973.

Beliau menerima diploma sekolah tinggi daripada Sekolah Tinggi Eyup sebelum menyambung pengajian dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Sekolah Ekonomi dan Sains Komersial Aksaray, kini dikenali Fakulti Ekonomi dan Sains Pentadbiran Universiti Marmara, walaupun beberapa sumber Turki mempertikaikan jika beliau menamatkan pengajian.

Ketika menjadi mahasiswa dan bermain bola sepak separa profesional, Erdogan membabitkan diri dalam politik dengan menyertai Kesatuan Pelajar Kebangsaan Turki, sebuah kumpulan tindakan anti-komunis. PERCUBAAN untuk menggulingkan Erdogan melalui ramp4san kuasa gagal apabila beribu-ribu rakyat bertindak meny3rang t3ntera.

PERCUBAAN untuk menggulingkan Erdogan melalui rampasan kuasa gagal apabila beribu-ribu rakyat bertindak menyerang tentera.

PERCUBAAN untuk menggul!ngkan Erdogan melalui ramp4san kuasa gagal apabila beribu-ribu rakyat bertindak meny3rang tentera.

Pada 1976, beliau menjadi ketua belia lantang cawangan Parti Penyelamat Islam Kebangsaan (MSP) diketuai Necmettin Erbakan, yang kemudian mengasaskan Parti Kemakmuran. Di sinilah bermulanya kerjaya panjang Erdogan dalam politik. Erbakan menjadi Perdana Menteri Turki pada 1996 hingga 1997.

Kerjaya politik Erbakan bagaimanapun tidak lama apabila rampasan kuasa pada 1980 an oleh tentera memaksanya disingkirkan. Sejak itu, Erdogan yang bekerja di sektor swasta meninggalkan MSP dan menyertai kerahan tentera seperti diwajibkan ke atas golongan belia lelaki Turki. Beliau mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 1978 dengan Emine Gülbaran yang ditemuinya dalam satu konvensyen wanita.

Pada tahun 1985, Erdogan bertanding dalam pilihan raya tempatan dan terpilih sebagai wakil parlimen dan calon jawatan Datuk Bandar di daerah Beyoglu, bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya apabila tewas. Pada 1994, Erdogan yang memegang tiket politik Erbakan akhirnya berjaya dipilih sebagai Datuk Bandar Istanbul sebelum melangkah lebih jauh dalam kerjaya sehingga dipilih sebagai pengerusi AKP.

Erdogan sangat dikenali rakan dan mu suhnya sebagai seorang yang tegas dan bersikap tenang dalam semua perkara.

ERDOGAN sentiasa tenang atasi masalah negara.

Perkara ini dibuktikan dalam Forum Ekonomi Dunia (WEF 2009) di Davos, Switzerland, apabila beliau menempelak Presiden Israel, Shimon Peres mengenai isu pembunuhan rakyat Palestin di Gaza. Beliau dianggap sebagai wira oleh rakyatnya kerana lantang meng3cam Israel dalam isu pencerobohan wilayah terkepung itu.

Selain beliau yang tegas dalam isu penduduk Palestin, isterinya, Emine pula bersimpati dengan nasib pelarian Rohingya dan bertindak mengunjungi Myanmar pada Ogos 2012.

ISTERI Erdogan, Emine mengunjungi Myanmar pada 2012.

Beliau malah menyumbang AS$1 juta (RM3.66 juta) kepada Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) dan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) khusus bagi membela nasib orang hanyut itu.

Namun, keberanian Erdogan dicemburui mu suhnya termasuk media barat apabila menuduhnya mengamalkan rasuah, selain anc4man pemberontak Parti Buruh Kurdis (PKK), isu jet pejuang Russia, kejadian pengeb0man meningkat di Turki dan terbaru cubaan ramp4san kuasa tentera.

Mengulas cubaan penggulingan gagal itu, Erdorgan dipetik sebagai berkata, pengkhi4nat yang melancarkan cubaan rampasan itu bakal berdepan hu kuman berat apabila hu kuman m4ti yang dimansuhkan sebelum ini akan diperkenalkan semula.

LARANGAN bertudung dimansuhkan Erdogan.

LARANGAN bertudung dimansuhkan Erdogan.

“Mereka yang bertanggung jawab akan membayar harga yang tinggi kerana melakukan pengkhianatan,” katanya sambil menuduh ulama Turki berpusat di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen, sebagai dalang utama rampasan itu yang mer4gut 232 nyawa.

Gulen pernah menjadi sekutu rapat Erdogan namun keadaan berubah sebaliknya apabila ulama itu menuduh Erdogan mengamalkan rasuah dalam pemerintahannya. Kesannya, Erdogan menutup sekolah persendirian Hizmet milik Gulen di seluruh negara.

Satu ketika dulu, Erdogan pernah menggunakan pengikut Gulen untuk mengekang kuasa sekular dalam tentera, namun kini Presiden Turki itu menahan mereka atas dakwaan menyokong cubaan penggulingan gagal dan setakat ini lebih 60,000 individu daripada anggota tentera sehingga penjawat awam ditahan atau dipecat.

Rampasan kuasa baru-baru ini dilihat seolah-olah mu suhnya mahu menyingkirkan pemimpin Islam seperti Erdogan supaya tidak melaksanakan sepenuhnya negara Islam sejak berakhirnya pemerintahan sekular Mustafa Kamal Ataturk didokong tentera dengan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah.

RECEP TAYYP ERDOGAN

  • Lahir: 26 Februari 1954 di Istanbul
  • Pendidikan: Sekolah Imam Hatip dan Universiti Universiti Marmara
  • Agama: Islam Sunnah
  • Isteri: Emine Gülbaran, 60,
  • Anak: Ahmet Burak, 37,; Necmettin Bilal, 35,; Esra, 35, dan Sümeyye, 31.
  • Parti politik: Parti Penyelamat Nasional (1980 an), Parti Kebajikan (1983-1998), Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP). Presiden AKP hingga sekarang. Pembangunan dan pembaharuan dilakukan Erdogan

Beribu-ribu masjid baharu dibina. Ratusan universiti, sekolah dan pusat kesihatan dibina. Larangan bertudung dimansuhkan. Kolej penuntut lelaki dan wanita diasingkan. Sejuta pelajar mendaftar di Sekolah Imam Hatip
Mewajibkan Pendidikan Agama. Tahap umur belajar al-Quran dihapuskan. Mengehadkan tempat dan pengiklanan penjualan arak

Memperkasakan perbankan Islam. Ekonomi Turki melonjak dari kedudukan ke-111 kepada 16. Turki membiayai kira-kira 300,000 ilmuwan Islam menjelang tahun 2023. Lapangan Terbang Antarabangsa Turki meraih anugerah penerbangan terbaik dunia dalam tempoh tiga tahun berturut-turut. Dalam tempoh 10 tahun akan datang, Turki menanam 770 juta pohon Harjia dan berbuah untuk pembangunan alam sekitar. Erdogan lantang meng3cam Israel mengenai pembu nuhan rakyat Palestin.

Semoga ALLAH Merahmati Beliau PM Erdogan