Jururawat Hamil Meningg4l Dunia Dipercayai Akibat Covid-19


Jururawat Hamil Meningg4l Dunia Dipercayai Akibat Covid-19

Seorang jururawat Hospital Royal Surabaya yang berstatus Pesakit Dalam Pengawasan bagi Covid-19 dilaporkan meningg4l dunia, semalam. Menurut laporan portal Kompas.com, mangsa, Ari Puspita Sari yang turut hamil menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 10.15 pagi waktu tempatan.

“Informasi yang kami dapat, mangs4 memang hamil tetapi tidak dapat dipastikan usia kandungannya,” kata jurucakap hospital. Kata jurucakap itu lagi, hasil ujian saringan COVID-19 mangs4 masih belum diketahui namun jururawat malang itu mempunyai simptom-simptom jangkitan virus berkenaan.

M4ngsa sebelum ini dilaporkan bertugas di wad pesakit biasa, bukan di wad merawat pesakit COVID-19. Bagaimanapun sebagai langkah-langkah pencegahan, semua jururawat dan doktor yang pernah merawat m4ngsa kini diasingkan dan diarah menjalani ujian saringan COVID-19.

Turut tular di media sosial adalah satu rakaman video yang dikaitkan dengan m4ngsa, bagaimanapun kesahihan video berkenaan tidak dapat dipastikan. Berita kem4tian m4ngsa turut dimuat naik oleh Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa di akaun Instagramnya.’

Kes positif Covid-19 di Indonesia lepasi angka 18 ribu

Sementara itu, kes positif Covid-19 di Indonesia sudah melepasi angka 18,000, dengan jumlah kem4tian meningkat kepada 1,191 orang. Sebanyak 496 lagi kes positif baharu virus itu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang dijangkiti Covid-19 seramai 18,010 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 43 lagi kem4tian dilaporkan. Provinsi Jakarta mencatatkan kem4tian tertinggi iaitu 463 kes, diikuti Jawa Timur (209 kes), Jawa Barat (123) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Sumber;cempedakcheesse