Kekangan SOP, Aaron Aziz solatkan jenazah ibu seorang diri tanpa keluarga


Pelakon popular kelahiran Singapura yang mencipta nama di Malaysia, Datuk Aaron Aziz memaklumkan bahawa ibunya telah meninggal dunia Sabtu lalu.

Menurut pelakon filem Ombak Rindu itu, ibunya Juriana Jaafar dimaklumkan terkena serangan jantung sebelum menghembuskan nafas yang terakhir di pusat perubatan swasta di Singapura.

Mengikut SOP ditetapkan

Namun begitu, perkongsian beliau di Instagram mengundang sebak apabila hanya mampu melakukan solat jenazah buat Allahyarham seorang diri berikutan perlu mengikut arahan standard operating procedure (SOP yang ditetapkan akibat pandemik Covid-19 ketika ini.

“Rasa sakit tak dapat solat bersama orang tersayang…”

Dalam perkongsian tersebut, beliau mengakui begitu sebak kerana insan-insan tersayang tidak dapat bersamanya melakukan solat jenazah untuk ibu sebelum jenazah dikebumikan.

“Rasa sakit kerana tidak dapat solat jenazah bersama keluarga tersayang, hanya ALLAH sahaja yang tahu.

“Semoga Allah pelihara arwah Bonda tercintaku dalam urusannya di Alam Kubur. Agar sejuk…

“…lapang dan ditemani sesorang yang cantik dimana ia adalah Al-Quran yg Bonda sentiasa mengaji setiap hari sebelum mempunyai masalah mata,” tulisnya.

Pelako berusia 44 tahun itu juga sempat berkongsi video ketika arwah ibunya dikebumikan. Disebabkan pelaksanaan SOP, tiada orang ramai dibenarkan berada di kawasan perkuburan tersebut.

Dapat dilihat hanya ada seorang individu yang berada di pusara ibunya untuk membetulkan kedudukan tanah yang sudah dikambus.

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah kepada pelakon tersebut atas kehilangan insan tersayang.

Mereka juga berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat selain ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Innalillahihiwainailahirajiun.

Salam takziah buat abang sekeluarga

Kami kirimkan doa dalam solat untuk arwah

Sumber: Aaron Aziz