Saya Tak Layak Jadi Idola, Sebagai Muslim Hanya Nabi Muhammad Sahaja Layak Jadi Ikutan”- Khabib


Saya Tak Layak Jadi Idola, Sebagai Muslim Hanya Nabi Muhammad Sahaja Layak Jadi Ikutan”- Khabib

Umum telah mengetahui bahawa pet4rung UFC Khabib Nurmagumedov adalah seorang yang berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Menerusi perlawanan UFC 254 yang baru sahaja berlangsung, Khabib Nurmagomedov telah berjaya mengaIahkan law4nnya, Justin Gaethje sekaligus melebarkan rekod tanpa kalah beliau kepada 29-0.

Meskipun kemenangan beliau mungkin dijangka ramai, pengumuman beliau sejurus selepas tamat perlawa nan telah mengejutkan pelbagai pihak apabila Khabib mengumumkan untuk bersara daripada UFC secara rasmi.

Lebih meny4yat hati ramai, beliau maklumkan persaraan daripada dunia UFC sudah dibincangkan bersama ibunya dimana ibunya tidak mahu beliau berla wan lagi tanpa ayahnya disisi. Beliau turut berjanji perlawa nan menentang Justin Gaethje ini akan menjadi perla wanan terakhirnya.

Walaupun begitu, menerusi satu muatan yang dikongsi oleh Khabib di akaun Instagram rasminya, dia telah meminta kepada semua peminatnya untuk tidak menjadikannya idola dalam hidup mereka.

Pet4rung yang berasal dari Rusia itu menjelaskan bahawa, beliau sebenarnya tidak layak untuk dijadikan idola dan menyeru kepada semua orang agar menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola dalam hidup mereka.

“Saya bukanlah orang yang layak untuk dijadikan idola, dan saya juga tidak mahu dijadikan idola oleh manusia lain.

“Saya percaya bahawa bukan saya sahaja, atau peta rung lain, mahu pun mana-mana selebriti secara amnya berhak untuk dijadikan contoh untuk diikuti.

“Saya seorang Muslim, dan sebagai seorang penganut agama Islam yang percaya dengan agama saya, kami mempunyai seorang contoh untuk diikuti, baginda adalah pesuruh Allah S.W.T yang bernama Muhammad S.A.W,” tulisnya dalam gambar yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Ketika ditanya mengenai pesanan yang ingin disampaikan kepada generasi muda dan peminatnya, Khabib berkata anak muda perlu melayan dan menghormati ibu bapa masing-masing dengan sebaiknya.

“Hormati ibu bapa. Dengar cakap mereka, mereka adalah segalanya. Semua dalam hidup anda akan berubah menjadi lebih baik,” katanya.

Ketegasan pemegang gelaran juara bagi kategori Lightweight dalam soal agama boleh dilihat menerusi sidang media yang dilakukan sebelum perlawa nannya menentang Conor McGregor dilangsungkan.

Pemegang gelaran juara kategori Lightweight yang dikenali dengan ketegasan dalam menjaga hukum hakam agama juga boleh dilihat ketika Conor McGregor menghulurkan kepadanya secawan ar4k dengan niat untuk memberi provokasi kepada Khabib.

Namun begitu, Khabib dengan tenang menjawab kepadanya: “Terima kasih saja, saya tak minum ar4k, dan saya tidak pernah minum air itu dalam hidup saya”.

Sumber : imuslim