Sebelum cakap guru makan gaji buta, suruh bantu jaga roadblok musim PKP, baca ni dulu…

 

Sahaja nak habak…
Bila sekolah dibuka selepas PKP hari tu….
Hampa tau tak sanitasi kelas dan tempat anak hampa nak belajar sapa buat???
JAWAPANNYA GURU…

Sebelum pembukaan sekolah sapa yang sibuk sediakan tempat basuh tangan, persiapan lain yang kena ikut SOP sapa yang buat???
JAWAPANNYA GURU…

Hampa tau tak sapa yang susun meja, angkat meja kerusi, buat label untuk penjarakkan sebelum anak hampa masuk sapa buat???
JAWAPANNYA GURU…

Setiap pagi sapa yang terpacak awal kat sekolah sampai terkejan- kejan anak sendiri pun tak dan nak tengok kerana nak tengok anak hampa amik suhu , cek suhu sapa yang buat???
JAWAPANNYA GURU…

Bila dalam sekolah satu orang nak jaga berapa puluh orang anak murid, kita ibubapa jaga seorang dua pun dah sakit kepala jadi harimau singa sampai jadi hijau, sapa yang jaga anak kita????
JAWAPANNYA GURU…

Bila waktu rehat depa kelam kabut tengok anak anak kita berbaris mengikut SOP sampai tak sempat nak makan untuk pastikan anak kita makan sapa mereka???
JAWAPANNYA GURU…

Bila waktu balik mereka terpaksa berkorban masa untuk memastikan anak anak kita sentiasa selamat dalam menjaga SOP sampai mereka terpaksa pulang lewat sapakah mereka??
JAWAPANNYA GURU…

Bila PKP kena buat kelas online dari rumah (bekerja dari rumah) nak sediakan modul PDP untuk bagi anak hampa pandai sambil depa pun nak tengok anak depa belajar, nak sediakan makan untuk keluarga sapa mereka???
JAWAPANNYA GURU…

Mereka beli barang untuk mengajar dengan duit mereka sendiri, anak hampa lupa bawa duit mai sekolah depa keluarkan duit sendiri untuk bagi anak hampa dan tak pernah merungut kat hampa. Sapa yang keluarkan…
JAWAPANNYA GURU…

Gamak hampa kata cikgu makan gaji buta,
Gamak hampa suruh potong gaji cikgu separuh,
Gamak hampa suruh cikgu tolong jaga rodblock dengan p0lis,
Gamak hampa suruh bantu buat swab test,

Mana nilai murni hormat kita sebagai seorang yang pernah bergelar pelajar suatu masa dulu kepada seorang guru yang pernah mendidik menjadikan kita hari ini….
Mana hilang hargai diri kita sebagai seorang insan dalam menghormati seorang guru yang berjuang untuk mendidik kita dalam menjadi insan yang berguna…

Hilang hormat kita hari ini bukan kegagalan seorang guru yang mendidik kita, tapi hilangnya iman dalam hati kita kerana tidak sujud kepada Allah Swt tidak mensyukuri nikmatNya…
Tanpa seorang guru tidak bisa kita menjadi seorang manusia yang berjaya dengan kerjaya dan kehidupan kita hari ini….

Kata pepatah “Kerana Mulut Badan B1nasa”
Pelihara lidah kerana dapat menjaga hati dari terluka….
Marilah sama sama kita menghormati Guru kita, Guru anak anak kita.
Terima kasih Cikgu atas peng0rbanan yang telah dilakukan untuk memandaikan kami, anak kami dan cucu cicit kami…

Semoga semua guru sentiasa dalam rahmat illahi dan ditempatkan dalam syurga tertinggi..
Al fatihah kepada guru yang telah kembali mengadap Maha Pencipta…
*Copy paste sampai dekat orang yang tidak tahu menghargai Guru..

Nukilan
Didi Yuhaso
YDP SKPTM

Kredit; Aris Hazlan Ismail