Selangor Di Uji Lagi Terjejas Bekalan Air, Skali Ebit Lew Pantas Beri Bantuan Untuk Kawasan Terjejas,Terbaik


Bila sebut tentang bantuan, tidak dapat dinafikan, nama Ebit Lew pastinya menjadi sebutan. Apa yang pasti, bantuan yang diberikan oleh penceramah ini sangat pantas – bukan dengan cara tunggu dan lihat.



Contohnya ketika ini, beberapa kawasan di Selangor sekali lagi dilanda gangguan gara-gara pembuangan sisa toksik dari syarikat durjana. Mangsanya adalah rakyat Selangor sendiri, tak habis-habis dengan gangguan bekalan air. Dulu mungkin boleh buat jenaka lagi isu ini, tapi rasanya sehingga ini, sudah melampau sangat pencemaran yang dilakukan.

Baru saja lagi Ebit memuatnaik gambar tentang proses pengagihan air buat beberapa kawasan di Subang. Menurutnya, sekitar 4 lori tangki air sudah pun digunakan untuk proses bantuan tersebut.



“Sayu rasa hati bila Selangor diuji lagi tiada air. Malam ni terus order lori bawa air dan agihkan pada penduduk flat sekitar subang malam ni. Ada beberapa tempat lagi mesej saya”

“Dari siang uruskan. Walau dah malam ramai datang nak air. Tua muda pelbagai bangsa. Bawa baldi. Kami bagikan juga dalam 4 tank kecil supaya boleh bagi lebih dekat dengan blok,” kongsinya di laman Facebook.

Bertabahlah wahai warga Selangor, semoga ujian mendatang ini akan ada manisnya di masa hadapan.

Terdahulu..

Gangguan air lagi di Selangor, lebih 1,200 kawasan terjejas

Lebih seribu kawasan di Selangor berdepan dengan gangguan air disebabkan pencemaran sumber air mentah yang telah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi tadi.

Menurut kenyataan dari Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), tugas di Loji Rawatan Ari Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihentikan.

Gangguan bekalan air tidak berjadual itu melibatkan 1,196,457 akaun yang merangkumi 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

“Justeru itu, Air Selangor ingin memaklumkan pemulihan setakat jam 2:00 pagi ini untuk insiden henti tugas separa LRA SSP1 berikutan paip air terawat pecah telah mencapai kadar 80%, namun berikutan insiden pencemaran bau ini melibatkan loji yang sama.

“Maka, pemulihan kawasan ini tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah diumumkan pada 18 Oktober 2020.

“Air Selangor menyediakan bantuan bekalan air dengan mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis,” menurut kenyataan tersebut.

Notis pemberitahuan itu dibuat kurang 24 jam selepas Air Selangor mengumumkan bekalan air di 311 kawasan terjejas di negeri itu pulih sepenuhnya.

Pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air untuk kecemasan seperti urusan kematian boleh menghubungi 15300.

“Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini dengan mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas,” katanya.

Tak Jemu Beri Bantuan..Sebelum Ini Negeri Selangor Terjejas Bekalan Air,Ebit Lew agih air dua lori tangki di Batu Caves

Pendakwah yang terkenal kerana sikapnya gemar membantu orang ramai, Ebit Lew tidak ketinggalan berasa terkesan dengan kesulitan golongan yang keputusan bekalan air.

Atas dasar tanggungjawab dan keprihatinannya, Ebit berusaha menyalurkan bantuan air kepada orang ramai yang menetap di Batu Caves, Selangor.

Ebit yang juga seorang usahawa telah membekalkan dua lori besar air untuk diagihkan.

Dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya, Ebit berkongsi cerita bagaimana sayu hatinya melihat masalah yang dihadapi oleh rakyat Selangor khususnya.

“Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai Subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di areapinggiran Batu Caves,” tulis Ebit di akaun Instagram beliau yang mempunyai 3.8 juta pengikut itu.

Kata Ebit lagi, masalah keputusan bekalan air bukan muda untuk diharungi apa lagi bagi golongan yang tidak berupaya atau mereka yang kudratnya tidak mengizinkan.

“Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang di”luar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan.

“Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ramai yang muda bantu yang tua. Pengerusi flat dan ajk semua kuat membantu bersama ajk surau. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua,” ujar Ebit.

Dalam masa sama, Ebit meminta orang ramai agar semua orang mendoakan usahanya dipermudahkan memandangkan bekalan air juga harus disalurkan ke premis-premis lain yang turut memerlukan seperti pusat dialisis dan klinik.

Penduduk di Selangor sekali lagi mengalami masalah bekalan air melibatkan 1,292 kawasan ekoran insiden pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Gangguan berkenaan melibatkan pengguna di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Sumber via Transformasi