Subahanallah Alif Satar baca surah al-Kahfi, bacaan tajwid dipuji merdu beri ketenangan

 

Surah al-Kahfi sangat digalakkan untuk dibaca pada hari Jumaat, tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya yang dapat menjadi benteng keimanan kukuh daripada fitnah dajjal.

Begitu juga dengan selebriti versatil, Alif Satar yang turut membaca surah ke-18 dalam kitab suci al-Quran itu dengan berkongsi sebuah video di laman Instagram sebelum ke masjid untuk solat Jumaat.

“Jom geng.. al-Kahfi kasi on! Jom race gi masjid,” tulisnya ringkas.

Bacaan 10 ayat terawal itu mengundang perhatian peminat dan pengikutnya bagi memberikan pelbagai komen positif terhadap alunan merdu ayat al-Quran berkenaan.

Rata-rata memuji kemerduan suara Alif dimana bacaan tajwid serta makrajnya hampir sempurna selain dapat memberi ketenangan jiwa setelah mendengar alunan tersebut.

Sedap je dengar tajwid & makhraj

Merdunya bacaan awak!

Terima kasih atas ingatan…

Moga jadi insan terbaik dunia & akhirat

Tenang je bila dengar

Sumber: Alif Satar